BERSAMA BANTU MANGSA GEMPA BUMI TURKIYE DAN SYRIA DENGAN MENGISI TABUNG KEMANUSIAAN USM
Berita MutakhirBerita Mutakhir
USM PULAU PINANG, 13 Februari 2023 – Kita tentunya masih terbayang bangunan yang runtuh musnah, rakyat yang tertimbus dan masih dicari mangsa yang masih hidup dan kemusnahan yang menimpa kejadian awal pagi Isnin 6 Februari 2023 itu.
Gempa bumi besar melanda bahagian tengah dan selatan Turki dan utara Syria merupakan yang terkuat yang pernah dicatatkan dalam sejarah Turkiye dan Syria menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan ramai mangsa terkorban di Turki Tenggara dan Syria.
Dilaporkan lebih 24,000 kematian berlaku; 20,000 di Turki dan 4,000 di Syria.
Sebagai warga dunia, kita turut merasakan perasaan empati yang tinggi dengan kejadian itu dan seharusnya menghulurkan apa sahaja sumbangan yang boleh untuk membantu kedua-dua negara tersebut.
USM bersimpati dan ingin menyeru seluruh warga kampus menghulurkan sumbangan seberapa yang boleh untuk kita salurkan kepada pihak berkuasa atau badan-badan yang boleh menerima kutipan itu.
Sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan USM (Gempa Bumi Turkiye dan Syria) boleh disalurkan secara:-
a) Pemindahan terus ke Akaun (Online Bank Transfer)
Nama Akaun: Tabung Kemanusiaan USM
Bank: CIMB BANK
No. Akaun: 98986101301071
ATAU
b) Sumbangan Melalui QR Code di poster hebahan.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 432