USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KUNJUNG HORMAT PUSPANITA KWSP KE USM: RAIKAN PELAJAR DENGAN SUMBANGAN TELEKUNG DAN KAIN PELIKAT

USM PULAU PINANG, 13 Februari 2023 – PUSPANITA Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Sains Malaysia (USM) bagi mengeratkan silaturrahim dan meneroka peluang kerjasama yang boleh dijayakan kedua-dua pihak.

WhatsApp Image 2023 02 14 at 11.30.45

Delegasi PUSPANITA yang diketuai isteri Pengerusi KWSP, Puan Seri Tini Suriani Mohd Sharif turut berbesar hati menyumbang 50 helai kain pelikat dan juga 50 pasang telekung khusus buat para pelajar USM yang memerlukan.

Di samping beramah-mesra, kedua-dua pihak turut meneroka peluang kerjasama yang boleh dijayakan termasuk dalam hal-hal berkaitan memperkasa golongan B40, perkongsian ilmu berkaitan kelestarian kewangan dalam kalangan warga kampus dan sebagainya.

WhatsApp Image 2023 02 14 at 11.30.46

Majlis serba ringkas namun penuh bermakna itu telah dipengerusikan oleh wakil kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni merangkap Penyelaras Pusat Pembangunan Alumni USM, Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal.

Hadir sama ialah pegawai-pegawai utama dan kakitangan KWSP dari ibu pejabat di Kuala Lumpur dan cawangan-cawangan sekitar Pulau Pinang.

WhatsApp Image 2023 02 14 at 11.30.46 1

Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: Nirmaryadi Rashid

  • Created on .
  • Hits: 483

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024