PERKUMPULAN PENDIDIK SAINS KIMIA INDONESIA LAWAT USM
USM PULAU PINANG, 14 Februari 2023 - Seramai 44 orang delegasi Perkumpulan Pendidik Sains Kimia Indonesia telah mengunjungi Pusat Pengajian Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM) bagi perkongsian ilmu dan membina jaringan.
Kumpulan yang mewakili komuniti pendidik Sains Kimia di Indonesia ini sangat aktif dalam meningkatkan kemahiran, jaringan dan memperkasa penyampaian perkhidmatan khususnya dalam bidang Sains Kimia.
Pada kesempatan ini, USM melalui Pusat Pengajian Sains Kimia telah memberikan taklimat berkaitan USM dan program akademik serta kemudahan yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian.
Selain itu, turut diperkenalkan kepada delegasi adalah berkenaan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Sains Kimia yang diterjemahkan melalui Kit Mikroskala.
Rata-rata pelawat amat mengagumi keunikan USM serta sangat berbangga dapat mengunjungi dan mempelajari apa yang ada di gedung ilmu ini.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Infografik: Ebrahim Abdul Manan
- Created on .
- Hits: 673