JOM KE SESI WEBINAR IUPAC GLOBAL WOMEN’S BREAKFAST 2023 – BREAKING BARRIERS IN SCIENCE
USM Pulau Pinang, 14 Februari 2023 - Institut Kimia Malaysia & American Chemical Society (ACS) Malaysia Chapter dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA & Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan satu sesi webinar hari ini yang akan diadakan pada masa dan tarikh berikut :
Tajuk Webinar : Breaking the Barriers in Science
Tarikh : 14 Februari 2023
Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari
Platform : Zoom
Pautan : https://bit.ly/3lgNtf2
Menurut Koordinator IUPAC Global Women’s Breakfast 2023 (Malaysia), Profesor Madya ChM. Dr Lee Hooi Ling, The Global Women’s Breakfast adalah program yang diadakan pada bulan Februari setiap tahun bersempena dengan United Nations Day of Women and Girls in Science yang disambut pada 11 Februari setiap tahun.
“Program inibertindak sebagai platform bagi mewujudkan kerjasama serta perkongsian idea dan strategi oleh para saintis di seluruh dunia bagi isu yang berkaitan kepada pembangunan dan perkembangan bidang Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM),” jelasnya.
Beliau mengajak semua warga USM untuk hadir ke sesi webinar ini.
“Mohon jasa baik semua untuk memanjangkan hebahan ini kepada jaringan masing-masing. Kerjasama dan sokongan yang diberikan amat kami hargai,” katanya lagi.
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 432