USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TNC HEPA DILANTIK KOMANDER PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

USM Pulau Pinang, 14 Februari 2023 - Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Azlinda Azman baru-baru ini hadir pada Majlis Pemakaian Pangkat sebagai Komander (K) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) di ibu negara.

8531FD72 D934 485B 886F D4E35911597F
Majlis pemakaian pangkat berkenaan telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany di KD Sri Gombak, Kuala Lumpur.

Seluruh warga USM mengucapkan sekalung tahniah kepada Profesor Dr. Azlinda Azman atas pelantikan yang diterima ini.

Azlinda yang merupakan alumni USM adalah profesor pertama dalam bidang Kerja Sosial di Malaysia.

Beliau seorang penerima anugerah biasiswa Fulbright bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran dalam kerja sosial klinikal di New York University, New York, Amerika Syarikat.

Sebelum memegang jawatan TNC HEPA, beliau merupakan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM dari 1 Januari 2016 sehingga 28 Februari 2022.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Infografik : Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 411

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024