USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM HADIR GOTONG-ROYONG PERDANA FLAT UDA TANJUNG TOKONG

USM Pulau Pinang, 14 Februari 2023 - Sekretariat Sukarelawan (SUKASS) Universiti Sains Malaysia (USM) serta sebahagian pelajar USM telah bersama-sama komuniti di Flat Uda, Tanjung Tokong mengadakan gotong-royong perdana baru-baru ini.

78574DD7 D34B 462A 8F85 2BE06335006A
Kekuatan seramai 24 orang pelajar ini telah menjalankan aktiviti gotong-royong perdana selama seharian ini di sekitar Flat Uda. Peserta juga berpeluang beramah mesra dengan penduduk tempatan selain daripada gigih bergotong-royong

Terdapat juga pelajar antarabangsa dari Dalat International School yang turut serta menjayakan aktiviti kebajikan ini.

Selain daripada menyumbang tenaga dalam aktiviti ini, pelajar USM juga dapat mengeratkan silaturahim bersama-sama dengan komuniti Flat Uda serta pelajar-pelajar antarabangsa dari Dalat International School.

SUKASS USM amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat menghulur tangan untuk mengindahkan kawasan Flat Uda.

Rata-rata peserta juga menzahirkan rasa Tanggungjawab kerana sebagai sebuah masyarakat yang berbilang kaum bukan sahaja dalam bentuk perpaduan, tetapi kita juga perlu tetap menjaga kebersihan alam bersama-sama.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : SUKASS USM

  • Created on .
  • Hits: 546

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024