USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM FOOD BANK ALUMNI 2.0 CAPAI SASARAN

USM Pulau Pinang, 13 Februari 2023 - Saya selaku pengarah program “Food Bank” Alumni USM 2.0, 2023 mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan semua penyumbang terhadap projek ini.

Demikian ujar Pengarah “Food Bank” Alumni USM 2.0, 2023, Dr. Zul Fahmi bin Mohamed Jaafar setelah program ini berjaya mencapai sasaran kutipan sumbangan.

A053C70C D623 4797 B6F5 4319F9F28F13
“Sehingga 13 Februari 2023, sebanyak RM9,540 telah berjaya dikumpulkan untuk pelaksanaan program ini. Sebanyak RM7,500 akan digunakan untuk program ini dan RM2,040 adalah baki yang akan disimpan dan digunakan apabila perlu,” jelasnya.

Tambahnya, Persatuan Alumni USM (PAUSM) akan terus menjaga kebajikan pelajar USM sekadar kemampuan.

“Kecil bagi kita, besar nilainya bagi mereka ini, Kutipan “Food Bank” ini tidak terhenti di sini. Alumni-alumni diluar sana yang ingin menyumbang boleh berhubung terus dengan saya. Sekiranya ada rakan atau kenalan yang mampu dan ingin membantu, juga boleh menghubungi saya. Demi pelajar ini saya tidak kisah untuk dihubungi pada bila-bila masa,” tambahnya lagi.

Jelasnya lagi, semoga usaha ini diberkati Allah SWT dan semoga seluruh warga USM dan Alumni USM dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudah segala urusan, dan dikurniakan hati yang tenang. Teruslah berbudi dan berbakti, kerana kita tidak pasti kebaikan yang mana membawa kita ke Syurga yang tertinggi.

“Terima kasih kepada Pengurusan tertinggi USM, JKE PAUSM, para penderma yang Budiman, dan pembekal makanan yang terdiri daripada pengusaha kafeteria di dalam USM,” katanya.

Berikut adalah antara testimoni pelajar yang menerima makanan percuma ini :

“Selalu saya makan sehari RM12 untuk dua kali makan, namun selepas ada makanan percuma ini saya dah jimat RM5 untuk sekali makan. Saya dapat guna duit lebihan makan harian untuk tujuan FYP saya” - Haris

“Dapat mengurangkan perbelanjaan saya dan dengan makanan percuma juga dapat mengurangkan masa saya tak perlu beratur panjang untuk membeli makanan” - Amir

“Bantuan makanan ini perlu teruskan setiap hari sebab dapat memudahkan banyak urusan pelajar seperti saya yang tergolong dalam golongan B40. Lagi-lagi sekarang sudah hujung semester jadi duit perbelanjaan pun sudah berkurang” - Emi

“Dapat tampung sedikit perbelanjaan pelajar tambahan dari segi kewangan di hujung bulan atau hujung semester” - Syud

“Dengan makanan percuma yang diberikan dapat membantu menampung kos harian makan saya kerana selalunya saya hanya makan sehari sekali untuk tujuan penjimatan duit belanja yang keluarga beri”- Lan

“Sebelum ini saya banyak ambil nasi dan telur sebagai penjimatan tapi selepas dapat makanan percuma yang diletak di Lemari@Kejut saya dapatlah merasa lauk ayam juga. Semoga dapat diteruskan pemberian makanan percuma untuk kami kerana minggu peperiksaan ini kami cepat lapar” - Amir

“Makanan percuma ini sangat membantu saya berjimat dalam perbelanjaan dan dapat rasa kepelbagaian makanan dari cafe yang berbeza. Makanan yg diberi juga sedap dan menyelerakan”- Alia

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : PAUSM

  • Created on .
  • Hits: 762

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024