USM BERJUANG DI SUPSAT 2023
USM PULAU PINANG, 10 Februari 2023 - Pasukan Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) Universiti Sains Malaysia (USM) akan menyertai Sukan Staf Pusat Sukan IPT (SUPSAT) 2023.
Program ini akan berlangsung pada 9 Februari 2023 hingga 12 Februari 2023 bertempat di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Kejohanan ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan silaturrahim antara staf Pusat Sukan Universiti Awam.
Pengarah PSR, Encik Idrus Bin Rapie dalam pada itu berkata, USM akan berkampung di UNIMAP untuk mengambil bahagian dalam beberapa acada sukan yang dipertandingkan.
“Semoga PSR USM dapat menjalinkan ukhwah disamping memberi cabaran kepada pasukan-pasukan lain yang bertanding di kejohanan kali ini,” ujarnya.
SUPSAT 2023 merupakan anjuran Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dengan kerjasama UNIMAP selaku tuan rumah bagi edisi kali ini.
Antara acara yang dipertandingkan ialah Woodball, Bola Tampar Campuran, Bola Sepak (Penati), Larian (50m x 8 orang), Dart dan Memancing.
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : PSR USM
- Created on .
- Hits: 716