USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MRFOODBANK@HEPA INISIATIF MEMBANTU KEBAJIKAN PELAJAR

USM Pulau Pinang, 8 Februari 2023 - Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) dengan usahasama bersama Pusat Islam dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah melancarkan MRFoodBank@HEPA hari ini.

ACE83BC7 A69D 455F B316 C8130CA2B0B3
Inisiatif ini boleh dinikmati oleh semua pelajar yang mana kumpulan sasarannya adalah pelajar daripada kelompok B40 yang memerlukan.

Lokasi MRFoodBank@HEPA ini terletak di bangunan H20, Pejabat Pentadbiran BHEPA.

Pihak MPP USM dalam maklumbalasnya menyatakan bahawa dengan adanya MRFoodBank@HEPA ini, ianya akan dapat membantu meringankan beban pelajar dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi di era ini.

Semua pelajar yang berkeperluan boleh juga menghubungi terus MPP bahagian kebajikan untuk pemerolehan bantuan berkenaan atau berhubung terus dengan pegawai unit kebajikan BHEPA di Bangunan H20.

Antara makanan yang disajikan adalah berupa makanan kering dan umum.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : MPPUSM

  • Created on .
  • Hits: 573

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024