ANOC 3.0 TONJOL KERELEVANAN KUMPULAN KESENIAN ADIKARMA USM
USM Pulau Pinang, 7 Februari 2023 - Adikarma Night Of Culture (ANOC) 3.0 yang berlangsung baru-baru ini menunjukkan bahawa kumpulan kesenian ini masih relevan di USM dalam mempromosi kebudayaan di pelbagai peringkat.
Program kesenian yang dipimpin oleh Encik Ahmad Ashahirin Hamlet ini merupakan program tahunan Kumpulan Kesenian Adikarma dengan kerjasama Pusat Pembangunan Bakat yang berbentuk pementasan persembahan.
Menurut Ashahirin, tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mengalakkan penglibatan ahli baru dan pelajar tahun satu dalam mengetengahkan tiga jenis persembahan utama iaitu tarian, muzik dan lakonan.
“Pada masa yang sama program ini dibantu oleh unit pengurusan dan unit multimedia justeru, secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan dalam diri pelajar,” katanya.
Hampir seramai 1000 orang pengunjung yang telah hadir bagi menyaksikan pementasan ini.
Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Profesor Dr. Azlinda Azman, Pengarah Pusat Pembangunan Bakat Encik Zulkifli Bin Che Hussin, Pengarah Pusat Pembangunan HEBAT Encik Hazlan Bin Abdul Hamid dan Pengarah Dewan Budaya Puan Ramnah Binti Ramli serta pegawai dan warga BHEPA.
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah & Ahmad Ashahirin Hamlet
Foto : Ahmad Ashahirin Hamlet
- Created on .
- Hits: 759