JOM BELAJAR DI PPPJJ USM, PERINTIS PROGRAM JARAK JAUH DI MALAYSIA
USM Pulau Pinang, 7 Februari 2023 - Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) Universiti Sains Malaysia (USM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon masuk ke pusat pengajian ini.
Pegawai Eksekutif Pemasaran dan Perhubungan Pelajar, Siti Fatimah Binti Huzaidi berkata,
Kenapa perlu belajar walaupun sudah bekerja?
“Semestinya Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) di bawah PPPJJ sentiasa memajukan daya pengeluaran dan mengemaskini pengetahuan serta kemahiran sedia ada para calon yang memohon,” tambahnya.
Jelasnya lagi, terdapat pelbagai bidang pengajian menarik ditawarkan iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian); Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian); Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian); dan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian).
“Ganjaran istimewa menanti warga Universiti Sains Malaysia (USM) yang memohon ke PPPJJ USM,” ujarnya lagi.
Untuk memohon, calon boleh melayari laman sesawang secara atas talian iaitu https://pohon.usm.my dan maklumat lanjut mengenai PPPJJ USM boleh didapati melalui https://linktr.ee/sdeusm atau boleh berhubung terus dengan Cik Fatimah di
04-6532282 (Telefon/Whatsapp)
Sebagai perintis program jarak jauh di Malaysia, PPPJJ USM telah berjaya melahirkan seramai lebih 25,000 ribu graduan dalam pelbagai bidang sejak penubuhannya pada tahun 1971.
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : PPPJJ USM
- Created on .
- Hits: 709