USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR USM ANJUR PROGRAM ‘SAVE THE EARTH’ DI TELUK BAHANG

USM Pulau Pinang, 7 Februari 2023 - Baru-baru ini, Kelab Kerja Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) yang bernaung di bawah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) telah mengadakan program Save The Earth.

854CEF84 9A79 48CC 903F 16F6BF191A70
Program yang bertempat di Monkey Beach, Tamab Negara Pulau Pinang ini telah disertai hampir 30 orang pelajar PPSK yang terdiri daripada Majlis Tertinggi dab Exco.

Selain daripada objektif utama iaitu membersihkan kawasan tersebut, rombongan ini turut mengadakan aktiviti bebas di pantai untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.

Penasihat Kelab Kerja Sosial USM, Dr. Masarah Binti Mohamad Yusof menganggap program sebegini sebagai satu wadah buat pelajar yang terlibat untuk lebih peka terhadap pemeliharaan alam semulajadi.

Rata-rata pelajar yang terlibat turut melahirkan rasa puas hati dengan perjalanan program ini kerana segala yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dalam masa yang agak singkat.

Bagi mereka, perkara pokok paling utama adalah kejayaan mereka untuk memelihara alam sekitar yang harus dikekalkan untuk dinikmati generasi akan datang.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Kelab Kerja Sosial USM

  • Created on .
  • Hits: 329

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024