USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DISKUSI PERDANA SRMIPT SALUR IDEA BERNAS MELALUI PENYERTAAN USM, UUM, UNIMAP, DAN UITM

USM Pulau Pinang, 6 Februari 2023 - Baru-baru ini, Sekretariat Rakan Muda USM (SRMUSM) telah menganjurkan sebuah program Diskusi Perdana SRMIPT bertempat di Dewan Pembangunan Siswa 1, USM.

6BE30E7F 8923 4F27 ADE6 CF87F7C9F603

Program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama serta mewujudkan hubungan yang berterusan dan lebih kukuh di masa akan datang antara Majlis Tertinggi (MT) dan Exco SRM sebagai satu pasukan.

Antara isu yang dibincangkan semasa diskusi ialah sesi perkongsian antara barisan MT mengenai projek tahunan dan pengurusan organisasi pada masa selepas Covid-19.

Program ini juga memberi peluang kepada para peserta saling bertukar idea, pandangan dan pendapat ketika program Diskusi Perdana SRMIPT ini dijalankan.

Diskusi Perdana SRMIPT ini diadakan bersama Sekretariat Rakan Muda daripada empat buah universiti iaitu SRM UPSI; SRM UUM; SRM UNIMAP; dan SRM UITM Permatang Pauh.

Program ini telah berjaya dilaksanakan kerana ia telah menyumbang idea baru yang lebih efektif kepada persatuan disamping muwujudkan hubungan yang berterusan pada masa akan datang di dalam organisasi SRM.

Dengan ini, SRMUSM berharap agar semua peserta yang terlibat dengan program ini dapat mengaplikasikan segala ilmu yang diberikan semasa perkongsian dalam melaksanakan program Diskusi Perdana SRMIPT.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : SRMUSM

  • Created on .
  • Hits: 356

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024