PERPUSTAKAAN USM DEKATI ORANG ASLI MELALUI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
SUNGAI SIPUT, 5 Februari 2023 - Seramai 18 orang sukarelawan Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM) terdiri daripada staf Perpustakaan Induk dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah menjalankan program khidmat masyarakat bagi menaik taraf Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak baru-baru ini.
Program Khidmat Masyarakat dan Pemindahan Ilmu yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk menyokong pengembangan masyarakat celik ilmu di kalangan pelajar sekolah rendah orang asli di perkampungan Kuala Mu.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah sumbangan rak dan bahan bacaan; dekorasi luaran dan susun atur dalaman; pengkelasan dan penyusunan semula bahan bacaan; instalasi dan ‘customisation’ sistem dan latihan penggunaan; dan taklimat pengurusan terbaik perpustakaan kepada pengawas Pusat Sumber.
Melalui program ini, Perpustakaan USM berhasrat dapat membantu menyediakan pusat sumber sekolah atau perpustakaan komuniti yang kondusif dan selesa yang dilengkapi bahan bacaan terbaik kepada golongan terkebawah.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah & Asma Wati Ibrahim
Foto: PUSM Team Production
- Created on .
- Hits: 524