JPNS MELAWAT CETREE DAN CGSS USM, PERKASA KERJASAMA TEKNOLOGI HIJAU
USM PULAU PINANG, 5 Februari 2023 - Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) telah mengadakan satu kunjungan rasmi ke pejabat Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) bagi membincangkan kerjasama yang bakal dijalinkan pada masa hadapan.
Pihak JPNS telah membentangkan beberapa kejayaan dalam bidang pengurusan pendidikan yang telah dicapai antaranya Coloured Codes School Target (COCO STAR) dalam mengemaskini pencapaian setiap sekolah di Negeri Sembilan.
Selain itu, pihak JPNS menyatakan hasrat untuk berkerjasama dengan pihak CETREE, CGSS, USM dalam merealisasikan program “Jom Gogar” yang akan bakal dijalankan.
Program ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah STEM Hub yang akan melibatkan agensi-agensi luar yang mampu menerapkan unsur STEM bagi murid-murid yang akan melawat di tapak STEM hub ini.
Oleh itu, pihak CETREE telah ditawarkan sebuah lokasi di STEM Hub bagi mewujudkan sebuah jalinan dan jaringan pintar di antara pihak JPNS dan CETREE, CGSS, USM.
Pihak JPNS berharap agar dengan usaha pelaksanaan program ini mampu menerapkan unsur Teknologi Hijau dalam kalangan pendidik dan murid yang mengunjungi STEM Hub ini.
Perbincangan ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Nor Hashim Othman, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, JPNS, Puan Shahrul Badriyah Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Unit Sains Matematik, JPNS, Encik Bilezan Baghdadi, Penolong Pengarah, Sektor Pembelajaran, JPNS, Puan Norliza Basiron, Penolong Pengarah JPNS, Puan Haryaty Abdul Jalil, Penolong Pengarah, JPNS, Encik Ahmad Fahmi Ismail, Mentor TIMSS PISA Negeri Sembilan, Prof. Madya Dr Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah, Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Dr. Mohd Sukri Shafie, Ketua Pegawai Penyelidik CETREE, CGSS dan pegawai daripada CETREE, USM.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto: CETREE USM
- Created on .
- Hits: 471