USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KURSUS UAW304 ‘BERI NAFAS’ PUSAT LAPANGAN ARKEOLOGI USM LENGGONG

USM PULAU PINANG, 5 Februari 2023 - Ekskavasi Arkeologi (UAW304) merupakan salah satu kursus yang ditawarkan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM) di bawah Pakej Minor Arkeologi USM.

15A5DD9E B79B 47E7 B59F 94CD77AAC7D3

Salah satu komponen penting dalam kursus ini adalah kerja lapangan praktikal yang wajib disertai oleh pelajar-pelajar minor selama dua minggu.

Pada tahun lalu, seramai 14 orang pelajar telah berdaftar bagi kursus ini dan kesemua mereka sedang menjalani kerja lapangan praktikal di Pusat Lapangan Arkeologi (PLA) USM, Lenggong, Perak.

Melalui praktikal selama dua minggu, pelajar akan didedahkan kepada kuliah dan aktiviti kerja lapangan yang menjurus kepada prinsip dan kaedah sains yang digunakan dalam pelaksanaan survei dan ekskavasi arkeologi.

Misalnya, segala prosedur bermula dari aktiviti meninjau dan mencari tapak hingga kerja-kerja pengumpulan dan perekodan data mentah akan dibincangkan secara sistematik.

Pelajar juga akan dibimbing dari segi teknik analisis artifak secara berperingkat, bermula dari kaedah pembersihan artifak dan konservasi awalan, merekod artifak, pendaftaran artifak, melukis dan mengambil foto.

Rata-rata pelajar yang mengambil kursus ini sangat gembira dan menganggap ia merupakan satu pengalaman baharu buat mereka serta cabarab yang harus digalas dalam memperkasakan bidang arkeologi USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto: Sahabat Arkeologi USM

  • Created on .
  • Hits: 591

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024