SRMUSM SANTUNI KANAK-KANAK AUTISM MELALUI PROGRAM ‘LIGHT THEM UP’
USM PULAU PINANG, 5 Februari 2023 - Sekretariat Rakan Muda (SRM) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan sebuah program Autism: Light Them Up baru-baru ini.
Bertempat di National Autistic Society of Malaysia (NASOM) Butterworth, Pulau Pinang, program ini merupakan sebuah program berbentuk kemasyarakatan yang memfokuskan kepada golongan kurang upaya iaitu kanak-kanak autism.
Menurut SRMUSM, program ini bertujuan memupuk kesedaran serta memberi peluang kepada para peserta untuk meraih pengalaman berinteraksi secara langsung dan dapat mengendalikan kanak-kanak istimewa ini sepanjang program tersebut berlangsung.
Selain itu, program ini juga dapat menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada para peserta untuk terus berkhidmat kepada masyarakat di luar sana.
Program ini telah diadakan dengan jayanya yang disertai oleh 16 orang Majlis Tertinggi dan Exco SRMUSM.
Rata-rata peserta yang terlibat menganggap ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang perlu mereka laksanakan demi memberi semangat kepada kanak-kanak ini dalam mendepani cabaran masa depan yang kian mencabar.
Pihak SRMUSM turut berharap agar program seperti ini akan menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada para peserta untuk terus berkhidmat kepada masyarakat di luar sana dan program seperti ini dapat dianjurkan pada sidang yang akan datang.
Terdahulu, program ini turut memohon sumbangan daripada masyarakat yang berminat dalam bentuk wang mahupun barangan dalam menjayakan program ini.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto: SRMUSM
- Created on .
- Hits: 462