USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGAJIAN PROGRAM PENSIJILAN ISLAM BERMULA HARI INI, PELAJAR TUNJUK KOMITMEN POSITIF

USM PULAU PINANG, 4 Februari 2023 - Hari ini merupakan hari pertama bermulanya sesi pengajian bagi Program Pensijilan Islam bagi tahun 2023.

Dianjurkan oleh Akademi Baitul Hikmah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), sijil yang ditawarkan adalah sijil asas pengajian islam dan sijil pra tahfiz.

A505479A 902E 4D68 9345 524E2E85081F
Sijil asas pengajian islam merangkumi ulum hadis, ulum quran, fiqh ibadah, fiqh muamalat, fiqh munakahat, bahasa arab 1 dan 2, pengantar fiqh, pengantar usul fiqh, aqidah dan akhlak islamiyyah manakala sijil pra tahfiz pula merangkumi tasmik, tadabbur, tahriri hafazan dan hafazan 5 juzuk.

Kelas bagi kedua-dua sijil ini dilakukan pada hari Sabtu masing-masing jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari dan 8:30 pagi hingga 11:30 pagi.

Kelas pengajian sijil asas pengajian islam diadakan di Dewan Muzakarah bagi subjek Pengantar Fiqh dan Akidah & Akhlak Islamiyyah dan seramai 22 orang pelajar telah mendaftar dalam kursus ini.

Manakala kelas tasmik bagi sijil pra tahfiz pula diadakan di dalam ruang Masjid Al-Malik Khalid USM dan seramai lebih kurang 23 orang pelajar telah mendaftar bagi kursus ini.

Sesi awal pengajian hari ini menunjukkan momentum yang positif kerana pelajar dan guru berjaya memberikan komitmen yang baik bagi memastikan kelancaran sesi pengajian.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung di talian:
Pejabat: 04-653 3884/3779
011-2743 8114 (Cik Suhaila)

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Pusat Islam USM

  • Created on .
  • Hits: 526

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024