PELAJAR USM "SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN" - NAIB CANSELOR
USM PULAU PINANG, 4 Februari 2023 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Semester 1, Sidang Akademik 2022/2023 kepada semua pelajar USM.
“Selamat maju jaya kepada pelajar USM dan saya berharap semua dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam pengajian dengan sebaik-baiknya,” tegas Rahman.
“Sentiasa fokus dan berusaha dengan gigih sepanjang minggu ulangkaji yang sedang dilalui ini, saya berharap semua pelajar dapat memilih kerjaya yang bersesuaian kelak setelah bergraduasi seterusnya menjadi kebanggaan USM,” tambah Naib Canselor.
Tambahnya, teruskan memberi fokus kepada pelajaran sepanjang berada di universiti dan gunakanlah masa ini untuk melakar kejayaan yang manis kelak untuk kelangsungan hidup serta membanggakan keluarga masing-masing.
Peperiksaan Semester 1 akan berlangsung bermula 7 Februari 2023 sehingga 26 Februari 2023 dan kemudian para pelajar akan mula bercuti sebelum memasuki semester 2 Sidang Akademik 2022/2023.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 564