REDONE KONGSI ILMU KEUSAHAWANAN BERSAMA PELAJAR USM
USM PULAU PINANG, 4 Februari 2023 - Pada bulan lalu, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan program pemerkasaan keusahawanan pelajar yang bertempat di Kompleks Cahaya Siswa.
Program yang dinamakan Youth Entrepreneur Success (YES) dianjurkan bersama dengan syarikat telekomunikasi negara iaitu redONE. Ditubuhkan pada tahun 2008, syarikat ini bermula dengan nama asalnya iaitu Redtone sebelum dijenamakan semula kepada redONE dan pelan pascabayarnya bermula pada tahun 2012.
Berbalik kepada program YES, Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar Universiti Sains Malaysia tentang kemahiran keusahawanan yang merupakan antara elemen yang menjadi keutamaan universiti untuk pembangunan mahasiswa yang lebih berketrampilan.
Selain itu, program ini juga dianjurkan untuk memupuk minat pelajar kearah kemahiran tersebut dengan lebih mendalam dan difahami.
Pihak MPPUSM berharap agar pelajar yang menyertai program ini dapat mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari semasa program dijalankan.
Rata-rata pelajar yang menyertai program ini menganggap ia merupakan salah satu program yang dapat menambah ilmu dan kemahiran mereka dalam bidang keusahawanan disamping mendapat input yang jelas mengenai pendekatan syarikat telekomunikasi negara.
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : MPPUSM
- Created on .
- Hits: 422