USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PAUSM ANJUR PROGRAM FOOD BANK ALUMNI 2.0

NIBONG TEBAL, 3 Februari 2023 - Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) kembali lagi dengan program Foodbank Alumni USM 2.0 bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan dan memerlukan.

4C4ED397 7955 4889 A53C 2AA628AA5042

Menurut Pengarah Program Foodbank Alumni USM 2.0, Dr. Zul Fahmi Mohamed Jaafar, semalam beliau berkesempatan untuk memerhatikan makanan yang diambil di kafeteria Lembaran, USM Kampus Kejuruteraan.

“Boleh dikatakan 20 ke 30 peratus hanya mengambil menu nasi bujang sahaja iaitu nasi putih beserta kuah, telur goreng dan air kosong,” jelasnya.

Tambahnya, Ini adalah situasi biasa setiap kali musim ulangkaji pelajaran dan peperiksaan. Pada setiap penghujung semester ramai pelajar akan berbelanja secara berhemah untuk makanan kerana kekurangan wang.

“Untuk itu, tuan-tuan dan puan-puan adalah antara individu yang saya yakin dapat membantu pelajar untuk projek ini dengan sasaran bagi
kampus Induk sebanyak 60 bungkusan secara harian untuk 18 hari dengan kos RM5.00 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5400 iaitu sebanyak RM300 peruntukan sehari.

“Manakala bagi Kampus Kejuruteraan pula sasarannya sebanyak 40 bungkus sehari untuk 18 hari yang mengambil kos sebanyak RM5.00 untuk satu hidangan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM3,600 iaitu sebanyak RM200 peruntukan sehari,” tambahnya.

Menurutnya, Jumlah pembiayaan keseluruhan untuk projek ini adalah dianggarkan sebanyak RM9,000.

Beliau turut menyeru agar pihak yang terlibat dapat menyumbang untuk projek ini agar ia boleh dimulakan segera bagi membantu pelajar yang memerlukan.

Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun berikut:
Akaun semasa: CIMB Bank
Nama: Persatuan Alumni USM
No. Akaun: 8003820049

Mohon sertakan resit pembayan (Whatsapp: 0199764285) untuk rujukan pihak urusetia program Foodbank Alumni USM 2.0, 2023.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto: Dr. Zul Fahmi Mohamed Jaafar

  • Created on .
  • Hits: 324

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024