USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM BERKHATAN KOPERASI MASJID AL-MALIK KHALID UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2023

PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, PULAU PINANG, 3 Februari 2023 – Koperasi Masjid Al-Malik Khalid USM (KOMALIK) melalui Unit Hal Ehwal Islam (UHEIS) Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dengan kerjasama Pusat Komuniti IPPT dan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) akan menganjurkan Program Berkhatan @PPUSMB.

A25D49D0 6220 43D3 860B 0FEBAB6BF101

Program ini akan berlangsung pada 18 dan 19 Februari 2023 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 8.30 pagi di Pusat Perubatan USM Bertam.

Justeru, pihak penganjur memaklumkan penyertaan dibuka kepada anak-anak warga staf USM dan komuniti sekitar yang berminat untuk menyertai program ini.

Penyertaan boleh dibuat melalui pautan berikut: http://www.wasap.my/60173926121 atau dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster.

D73B9BF6 7720 4B0D A165 A5532E3D1D81

Pihak penganjur juga memohon doa dan sokongan dari pihak yang terlibat agar program ini berjalan lancar.

Semoga majlis seumpama ini dapat memberikan manfaat dan kesejahteraan buat seluruh warga staf USM dan komuniti sekitar serta mengikat tali silaturrahim antara ummah.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: KOMALIK 

  • Created on .
  • Hits: 532

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024