USM DALAM PROSES BAIKI JALAN BERMASALAH HASIL MAKLUM BALAS DITERIMA MPPUSM
USM PULAU PINANG, 3 Februari 2023 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) telah melakukan lawatan ke tapak di sekitar USM yang mana jalannya menghadapi masalah.
Menurut Naib Yang Dipertua 1 MPP USM, Muhammad Zikri Rosle, lawatan dan tinjauan ke lokasi-lokasi tersebut dilakukan beberapa hari yang lalu.
“Selepas lawatan dilaksanakan, laporan hasil tinjauan tersebut telah diserah terus kepada Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset (JPPA) USM,” jelasnya di laman media sosial Facebook rasminya.
Beliau turut bersyukur kerana hasil daripada laporan tersebut, banyak cadangan dan aduan yang diutarakan telah diterima dengan baik oleh pihak JPPA dan mereka menunjukkan ketersediaan mereka untuk mempercepatkan proses pembaikan ini.
Beliau juga turut berterima kasih kepada JPPA atas tindakan yang pantas dalam menguruskan hal ini dengan segera.
Terkini di kampus induk, terdapat beberapa kawasan sedang dalam projek pemprosesan pembaikan jalan sedang berlaku. Semoga semua warga USM sentiasa berhati-hati jika melalui kawasan-kawasan ini.
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Muhammad Zikri Rosle
- Created on .
- Hits: 585