USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR BERAZAM BERSAMA-SAMA PERKUKUH JENAMA IPPT DAN PUSAT PERUBATAN USM BERTAM

PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, PULAU PINANG, 2 Februari 2023 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed meminta seluruh warga Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) dan Pengurusan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) bersama-sama universiti untuk mengukuhkan jenamanya sebagai pusat rawatan terkemuka.

A00EFE6B 0838 4482 B7C2 4772CE5D00FB

Beliau bercakap ketika menyantuni barisan Pengurusan PPUSMB IPPT sempena lawatan rasmi beliau hari ini.

Ketika perbincangan, Naib Canselor meminta supaya semua pihak berusaha mengukuhkan jenama yang ada sebagai sumbangan kepada komuniti setempat.

0905ADD1 9C0E 4618 B8F8 C765C4877B99

“Walaupun PPUSMB dan IPPT kini telah menjadi dua buah PTJ yang berasingan, banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam menjadikan PPUSMB sebagai jenama pusat perubatan di Wilayah Koridor Utara,” ujar Naib Canselor.

Beliau berharap agar PPUSMB dapat menjadi pusat perubatan pilihan penduduk bukan sahaja bagi penduduk setempat malah dari luar kawasan Bertam.

5DF0D35F 8BDC 4990 9BB3 46C9CC029A92Antara agenda utama Universiti adalah mensasarkan PPUSMB untuk menjadi sebuah Hospital Pengajar Universiti yang pertama di Wilayah Koridor Utara dengan 500 buah katil dalam menyokong agenda APEX.

Beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada mantan Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan di atas usaha dan sokongan beliau memajukan semula IPPT dan berjanji akan meneruskan usaha ini.

“IPPT dan PPUSMB merupakan antara agenda utama Universiti,” kata Abdul Rahman ketika memulakan sesi perjumpaan bersama barisan Pengurusan kedua-dua PTJ.

Beliau menyeru agar semua staf menyokong dan bekerja keras bersama-sama Universiti untuk mencapai segala perancangan dan hala tuju yang telah dirancang.

Naib Canselor turut mengalu-alukan sebarang cadangan dari warga IPPT dan PPUSMB apa yang dirasakan perlu dilaksanakan untuk IPPT dan PPUSMB bergerak jauh ke hadapan.

Beliau meminta agar untuk seluruh warga melihat semula agenda APEX dan memperkasakan empat teras utama yang sangat relevan dengan IPPT dan PPUSMB iaitu intensif penyelidikan rentas bidang (transdisciplinary research-intensive); memperkasakan bakat pensyarah muda supaya dapat melahirkan ramai profesor yang terkenal dalam pelbagai bidang dan pelajar yang berbakat; memperkasakan 'Sustainable Development Goals' (SDG) untuk membolehkan golongan 'bottom billions' mengubah kesejahteraan sosioekonomi mereka di samping untuk meningkatkan kedudukan SDG USM, serta penjanaan kewangan melalui perkhidmatan kesihatan.

PPUSMB akan memperkasakan perkhidmatan perawatan onkologi serta rehabilitasi dan pergigian dan menambah baik keperluan peralatan di Unit Kecemasan dengan segera bagi menampung keperluan pesakit.

"Saya yakin, dengan bakat yang ada, IPPT dan PPUSMB boleh terus bergerak maju pada masa hadapan," tegas Abdul Rahman.

Beliau turut diberikan taklimat khas oleh pihak IPPT dan PPUSMB berkenaan projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan, kekangan yang dihadapi serta perancangan pada masa kini dan hadapan.

Yang hadir dalam sesi perjumpaan ini ialah Pengarah PPUSMB dan IPPT, Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin; Timbalan-timbalan Pengarah dan barisan pengurusan PPUSMB IPPT serta Profesor Madya Dr. Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail.

31746465 8529 43F7 83FF 381C8C8D8E0F

Teks: Naziroh Shafii/Suntingan: Mohamad Abdullah/Foto: Norizan Ishak

  • Created on .
  • Hits: 431

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024