MAJLIS MAKAN MALAM BORNEO NIGHT ERATKAN HUBUNGAN ALUMNI USM SARAWAK DENGAN PERKASA DAN ALMA MATER
USM PULAU PINANG, 28 Januari 2023 – Bersempena dengan Program Back To Campus@USM 2023, Perkumpulan Anak-anak Sarawak (PERKASA) Universiti Sains Malaysia (USM), dengan kerjasama Persatuan Alumni USM (PAUSM) Sarawak malam ini telah menganjurkan Majlis Makan Malam Borneo Night, yang menghimpunkan para lepasan graduan USM di kampus induk USM.
Inisiatif Back To Campus 2023 yang merangkumi Majlis Makan Malam Borneo Night ini adalah untuk membolehkan para alumni sentiasa dikemas kini dengan perkembangan semasa yang berlaku di USM.
Dalam hal ini, PAUSM Sarawak mempunyai tanggungjawab dan peranan yang amat besar dalam memastikan kelestarian hubungan para alumni dengan alma mater mereka.
Selari dengan tema NOSTALGIC, LEISURE dan FUN, objektif program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara alumni USM, PERKASA dan siswa/i USM.
Seramai 15 orang alumni dan 102 pelajar USM Sarawak serta negeri lain hadir memeriahkan majlis di Dewan Utama Desasiswa (DUD) USM.
Turut diselitkan dalam majlis adalah penandatanganan Watikah Penghargaan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Ahli Dewan Undangan Negeri N.35 Saribas merangkap Penaung PAUSM Sarawak, YB Mohammad Razi Sitam serta penyerahan cek sumbangan bernilai RM10,000 kepada PERKASA.
Selain itu turut diadakan ialah sesi penyampaian hadiah kepada peserta-peserta Back to Campus yang mengambil bahagian dalam permainan sukan pada petang tadi.
Hadir sama pada majlis adalah Presiden PAUSM, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee; Presiden PAUSM Sarawak, Hj. Hafisz Rachman Drahman dan Yang Di-Pertua PERKASA, Muhamad Ramadhan Sa’at.
Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/ Foto: Mohd Fairus Md Isa
- Created on .
- Hits: 474