NAIB CANSELOR DAN JKPU BERTEMU PKAPUSM
USM PULAU PINANG, 26 Januari 2023 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed bersama-sama Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Kakitangan Akademik dan Pentadbiran USM (PKAPUSM) yang diketuai oleh Presidennya, Profesor Ir. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar.
Dalam perjumpaan ini, kedua-dua pihak bertukar-tukar fikiran dan berbincang perkara-perkara yang ada kepentingan bersama terutamanya untuk mendengar pandangan PKAPUSM tentang pelbagai perkara.
"Saya juga ingin memohon bantuan PKAPUSM untuk membantu mengenal pasti mereka yang perlukan bantuan dari segi kesihatan mental dan masalah sosio-ekonomi.
"Kita bersedia memberi latihan asas kepada mereka yang boleh membantu dalam menangani isu ini untuk kita tangani bersama-sama," kata Abdul Rahman.
Yang hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato' Gs. Dr. Narimah Samat dan Pendaftar, Dato' Dr. Haji Musa Ali.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 513