USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MPPUSM DIMINTA MAIN PERANAN JAYAKAN AGENDA APEX USM

327139580 746159846582090 6666604211979513319 n

USM PULAU PINANG, 25 Januari 2023 – Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) diminta untuk bersama-sama universiti menjayakan program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX).

Naib Canselor USM, Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dalam kata alu-aluannya semasa perjumpaan rasmi pertama dengan MPPUSM berkata, MPP memainkan peranan penting dalam mencorakkan aktiviti pelajar dan membantu dalam menjaga kebajikan pelajar.

327409381 588418179400578 6577447234707111351 n

"MPP turut berperanan dalam menjayakan aktiviti kelestarian universiti melalui agenda APEX yang sentiasa membantu seperti mana ketika USM memulakan pelbagai inisiatif dahulu termasuk The White Coffin Campaign yang membawa kepada pengharaman penggunaan polistrina di dalam kampus yang kemudiannya menjadi agenda nasional," kata Abdul Rahman.

324343683 906107120387664 2147061406398625724 n

Terdapat beberapa isu dibangkitkan oleh MPPUSM, antaranya pematuhan piawaian bagi mengendalikan kursus, isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar, isu kemudahan bas komuter, keselamatan penggunaan BEAM, pembukaan premis makanan 24 jam di dalam kampus, kemudahan sukan dan rekreasi di Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan, kemudahan lampu di kawasan desasiswa untuk keselamatan pelajar dan penyelarasan pengurusan kewangan bagi pertubuhan pelajar.

327050034 1243553236240676 1378783853126882410 n

Yang hadir sama ialah semua ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) dan MPPUSM yang diketuai Yang Dipertuanya Afirul Idris bin Ayob Khan.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 398

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024