USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC USM SAMPAIKAN SUMBANGAN KEINSANAN KEPADA PELAJAR TERKESAN KEBAKARAN

NIBONG TEBAL, 1 Februari 2023, Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Keinsanan kepada pelajar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Dzulaiqha Binti Dini @ Din yang ditimpa musibah kebakaran rumah keluarga beliau yang terletak di Kampung Air Semporna Sabah.

Menurut Timbalan Pengarah Pusat Islam USM Kampus Kejuruteraan, Nor Fadhilah Wahab, kejadian kebakaran ini berlaku pada 22 Oktober 2022 lalu.

“Jawatankuasa Infaq Pusat Islam Kampus Kejuruteraan ingin mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang telah memberi sumbangan keinsanan melalui akaun Jawatankuasa Infaq Pusat Islam Kampus Kejuruteraan dan jumlah sumbangan yang telah diterima ialah sebanyak RM 8000.00,” katanya.

0E2A9F0F DD57 4EFF 86BF 197E11AFFB5A
Sumbangan keinsanan tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dalam satu majlis ringkas yang turut disertai oleh Pengarah Kampus Kejuruteraan Profesor Dato’ Dr. Nor Azazi Zakaria, Pengarah Pusat Islam, Ustaz Mohammad Shukri Bin Osman, staf Pusat Islam dan My Pusat Islam.

Menurut Rahman, Semoga Allah memberi ganjaran kebaikan atas sumbangan ini dan meringankan beban Dzulaiqha dan seisi keluarga.

Menurut Hadis Riwayat Muslim, “Ya Allah Tambahkan lah kebaikan kepada mereka atas apa yang telah dikau berikan (rezkikan) kepada mereka dan Ampunilah mereka serta kasihilah mereka.’’

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Pusat Islam USM Kejuruteraan

  • Created on .
  • Hits: 292

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024