USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC USM LAWAT USM@KL DAN SAKSI SERAHAN TAPAK SECARA RASMI

KUALA LUMPUR, 30 Januari 2023 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini mengadakan sesi kunjungan hormat dan taklimat ke USM@KL dan juga merasmikan serahan tapak USM@KL yang merupakan salah satu cawangan USM.

USM 4585

Menurut beliau, USM@KL perlu memperkukuhkan pengurusan dan meningkatkan penjanaan kewangan sedia ada melalui kursus-kursus yang ditawarkan agar kampus USM@KL terus berpotensi menjadi sebuah kampus yang menyumbang kepada sumber kewangan universiti.

Beliau turut menyaksikan dan menandatangani dokumen penyerahan penerimaan tapak USM@KL dan simbolik penyerahan kunci tapak.

Sementara itu, sebelum taklimat bermula, beliau bersama Profesor Madya Dr. Hasrina Mustafa telah mengadakan satu sesi lawatan tapak USM@KL di Aras 20, Menara Perbadanan MOF ini.

USM 4598

USM 4582

Menurut Hasrina, bermula dengan pelajar seramai 30 orang, terkini USM@KL mempunyai seramai 477 pelajar aktif. Daripada jumlah itu, 70% merupakan pelajar kursus Sarjana Komunikasi Pemasaran Bersepadu.

USM@KL menawarkan sebanyak 7 program yang mana 2 daripadanya adalah program kedoktoran. Selain itu, USM@KL juga mempunyai 7 kelas, 2 bilik perbincangan, 2 bilik pensyarah, 2 makmal komputer dan juga lokasi-lokasi am untuk pelajar,” jelasnya ketika memberi taklimat.

 USM 4628

USM 4647

Ditubuhkan pada tahun 2014, ia berfokus untuk memperkukuhkan kebolehnampakan USM di Lembah Kelang dan merupakan lokasi terbaharu setelah berpindah dari lokasi asalnya di Wisma Sejarah.

USM 4698

USM 4706

Turut hadir sama ke lawatan rasmi ini adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat; Bendahari USM, Kamarul Ariffin Ngah; Pengarah Urusan Kumpulan USAINS Holding Sdn. Bhd., Farid Wajidi Mat Yusoff; Pengarah Pembangunan Korporat Strategik Tuan Haji Muhamad Sabri Said dan pegawai-pegawai utama USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 815

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024