USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROFESOR DR. AZLAN AMRAN DILANTIK TNC JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT USM YANG BAHARU

PUTRAJAYA, 30 Januari 2023 - Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini telah menyerahkan surat lantikan kepada Prof. Dr. Azlan Amran untuk lantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Sains Malaysia (USM) yang baharu.

BDDB1925 45C6 4F35 9558 48DDC21D1DCE

Prof. Dr. Azlan Amran sebelum ini bertugas sebagai Dekan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan USM.

Lantikan beliau sebagai Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat USM akan berkuat kuasa 1 Februari 2023 sehingga 31 Januari 2026.

Turut sama hadir menyaksikan penyerahan ini adalah Ketua Setiausaha KPT Dato' Seri Abdul Razak Jaafar dan Dato' Prof. Dr. Husaini Omar Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 1614

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024