USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR LUANG MASA HADIR MELAWAT PAMERAN RINTIS 2023

USM PULAU PINANG, 28 Januari 2023 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hadir meluangkan masa bagi memberi sokongan buat pelajar-pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Seni, USM mempamerkan bakat, inovasi dan kreativiti mereka di RINTIS 2023.

30AE1089 8C8D 4C89 8E2D A9DA11436AF5

Pada sesi lawatan tersebut, Naib Canselor turut sempat beramah mesra bersama pelajar-pelajar yang terlibat dan mengunjungi tapak-tapak pameran yang disediakan untuk pelajar menterjemahkan idea seni inovasi buat tatapan umum.

Selepas 3 tahun tidak dapat dilaksanakan akibat pandemik Covid-19, pameran ini dapat dianjurkan semula yang dibahagi kepada 3 bidang pengkhususan iaitu Grafik Komunikasi, Rekabentuk Produk dan Rekabentuk Media dan Teknologi Baharu.

5800EC3D 6284 4DAE B3B7 B85D26071F20

Di akhir lawatan, Naib Canselor amat berpuas hati dengan hasil inovasi dan kreativiti para pelajar yang dilihat amat berpotensi untuk dikomersialkan dan beliau mengharapkan momentum RINTIS di bawah kelolaan Pusat Pengajian Seni USM ini dapat diteruskan dengan jayanya pada masa mendatang.

Yang turut bersama mengiringi Naib Canselor sepanjang lawatan tersebut adalah Dekan Pusat Pengajian Seni USM, Prof. Madya Dr. Sarena Abdullah, Timbalan Dekan (Akademik, Pembangunan Kerjaya & Pengantarabangsaan), Dr. Muhammad Khizal Saat, Penasihat RINTIS 2023, Dr. Siti Suhaily Surip dan Pengarah Projek RINTIS 2023, Syed Muhammad Adam Bin Syed Sapri.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar/Foto: Zamree Salleh

  • Created on .
  • Hits: 426

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024