USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

“SANTAPAN ROHANI” BERI SEMANGAT PELAJAR HADAPI PEPERIKSAAN AKHIR

USM PULAU PINANG, 27 Januari 2023 - Kelmarin berlangsung Majlis Santapan Rohani iaitu Bacaan Yasin dan Solat Hajat Sempena Peperiksaan Akhir bertempat di Masjid Al Malik Khalid Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurut Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Mohammad Shukri Osman, program ini merupakan kerjasama bersama Pusat Islam dan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA).

D8C4022A 3B69 4AA7 ADAE ACEB4C7FE8D4

“Majlis Bacaan Yassin Perdana yang berlangsung dipimpin oleh Ustaz Muhammad Aminuddin Akmal Bin Mohd Hamizi dan Solat Hajat diimamkan Timbalan Pengarah Pusat Islam Ustaz Zayd Bin Zhari sempena Peperiksaan Akhir serta Kesejahteraan Warga Kampus dan Komuniti Qaryah Masjid Al Malik Khalid USM,” jelasnya.

Tambahnya, Majlis turut diserikan tazkirah khas oleh Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, ???????? ????? ??. ????? ??? ????? selepas solat maghrib.

Muslimin dan muslimat turut diberikan juadah berupa bungkusan makanan selepas selesai majlis.

Rata-rata terutamanya pelajar yang hadir turut menyokong usaha ini kerana sedikit sebanyak ianya memberi semangat dan juga ketenangan buat mereka yang bakal menghadapi peperiksaan akhir kelak di samping mengeratkan silaturrahim melalui program sebegini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto: Pusat Islam USM

  • Created on .
  • Hits: 333

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024