USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

R. ANBANANTHAN DILANTIK PENGADIL HOKI DUNIA

324187278 495411509403880 4542544571145661658 n

USM PULAU PINANG, 15 Januari 2023 – Pembantu Awam (Elektrik) Universiti Sains Malaysia (USM), Anbananthan a/l Rawi, 36 tahun, yang merupakan pengadil hoki (umpire) antarabangsa kini mendapat pengiktirafan dunia apabila dilantik menjadi pengadil Kejohanan FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 (FIH Hockey Men's World Cup 2023) yang berlangsung di Bhubaneswar dan Rourkela, India pada 13 - 29 Januari 2023.

Beliau adalah warganegara Malaysia kedua mendapat pengiktirafan tersebut dan yang pertama dari USM.

Setakat ini, umpire R. Anbananthan telah mengambil bahagian dalam 23 kejohanan berprestij antarabangsa.

Ini merupakan kejohanan Piala Dunia pertamanya dan merupakan pencapaian terbesarnya setakat ini.

Seluruh warga USM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat R. Anbananthan atas pelantikan tersebut.

Selamat menjalankan tugas dan terus harumkan nama negara dan universiti di persada dunia dalam sukan hoki.

Dalam Kejohanan Piala Dunia Hoki FIH Lelaki 2023 (edisi ke-15) yang sedang berlangsung di India ini, skuad hoki Malaysia yang juga dikenali sebagai 'The Speedy Tigers' telah diundi dalam kumpulan C bersama tiga pasukan lain iaitu Belanda, New Zealand dan Chile.

Sumber: Fb Mohamad Abdullah/Suntingan: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 456

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024