USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SELAMAT TAHUN BARU CINA DARI NAIB CANSELOR DAN PENGURUSAN TERTINGGI USM

562A38B7 8941 45E3 B21F BBA8DB34812D

USM PULAU PINANG, 21 Januari 2023 – Naib Canselor, Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh warga USM, para alumni, pemegang taruh utama dan sahabat.

"Selamat Tahun Baru Cina kepada semua dari saya dan seluruh pengurusan tertinggi USM dalam semangat bersatu-padu, saling hormat-menghormati dan perpaduan yang erat serta saling memahami.

"Marilah kita meraikan kepelbagaian budaya yang ada dengan kemeriahan dan kesejahteraan,” kata Abdul Rahman.

Tambahnya, ini adalah masa untuk mengukuhkan kerjasama antara satu sama lain dan merasai tolong-menolong sebagai sebuah keluarga besar di negara kita amnya dan USM khususnya.

"Kita bertuah berada dalam suasana negara yang aman tenteram dengan rakyatnya hidup bersama, saling memahami.

"Saya menyeru dan berdoa agar kita semua sentiasa beroleh kebahagiaan dan kegembiraan," katanya lagi.

Naib Canselor juga meminta agar semua sentiasa berhati-hati di jalanraya dan memastikan keselamatan sentiasa terpelihara khususnya pada musim perayaan ini.

Tahun Baru Cina menandakan permulaan tahun baharu menurut kalender lunar tradisi Cina, dan tahun ini perayaan Tahun Baru Cina disambut dalam tahun Arnab.

Selamat Tahun Baru Cina!

GONG XI FA CAI!

  • Created on .
  • Hits: 371

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024