USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM & ZPP PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

PULAU PINANG, 21 Januari 2023 - Satu pertemuan rasmi di antara Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) dan Zakat Pulau Pinang telah berlangsung baru-baru ini di Pulau Pinang.

57532AFD EAA5 448A 92BE E1FC78F02E1F
Menurut Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Mohammad Shukri Osman, pertemuan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama yang telah terjalin antara kedua-dua pihak dalam pemerkasaan zakat.

“Pusat Islam USM merakamkan ucapan terima kasih buat Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), YBhg. Dato Amran Bin Hazali atas kesudian menyambut baik usaha strategik penambahbaikkan Zakat Pulau Pinang dan USM melalui Pusat Islam USM untuk maslahah pembayar (muzakki) dan penerima (mustahik) di kalangan asnaf," katanya.

Tambahnya, semoga hubungan baik ZPP & USM ini akan menambahbaik lagi kualiti dan kuantiti pengurusan zakat pada masa hadapan.

Di akhir katanya, beliau mendoakan semoga Allah SWT memberkati YBhg. Dato' Amran dan pasukan ZPP serta semua warga USM dan Pusat Islam USM atas ukhwah ini.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Pusat Islam USM

  • Created on .
  • Hits: 278

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024