USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

“POTENSI” PROSES TERKINI KENAIKAN PANGKAT KUMPULAN P&P USM

USM Pulau Pinang, 18 Januari 2023 - Pusat Transformasi Insan (PTI), Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah berjaya mengadakan sesi Townhall Program Penilaian Kompetensi Pentadbir atau nama singkatannya POTENSI yang dihadiri lebih 500 pentadbir USM.

1F54592D 525C 4DFE A418 3051A686B547
Menurut Pengarah PTI, Roslan Ismail, pihak Universiti telah membangunkan POTENSI bagi proses Kenaikan Pangkat Kumpulan Pengurusan & Profesional (Pentadbiran) Gred 48-54.

Tambahnya, program ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada proses permohonan kenaikan pangkat Kumpulan Pengurusan & Profesional (Pentadbiran) yang mana pemohon yang perlu melepasi tahap penilaian POTENSI ini sebelum layak ke peringkat terakhir iaitu temuduga kenaikan pangkat.

“Program POTENSI ini akan dilaksanakan secara menyeluruh kepada semua staf Kumpulan Pengurusan & Profesional (Pentadbiran) merangkumi semua skim perhidmatan pada tahun 2023,” jelasnya ketika sesi secara dalam talian ini.

Terdahulu, program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pendaftar USM, Dato’ Dr. Musa Hj. Ali.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 418

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024