TAHNIAH REDAC DIBERI PERUNTUKAN PADANAN RM1 JUTA
USM PULAU PINANG, 12 Disember 2022 – Tahniah kepada Profesor Dato' Dr. Nor Azazi Zakaria, Pengarah Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) yang diberikan peruntukan dana sebagai geran padanan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sebanyak RM1 juta, baru-baru ini.
Pemberian peruntukan dana tersebut adalah untuk memperkasakan penyelidikan bidang nic REDAC sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) iaitu Sustainable Urban Stormwater Management.
Diharapkan REDAC dapat menyumbang kepada lebih banyak kajian mengatasi isu-isu saliran yang berkaitan sungai dan saliran bandar terutamanya ketika negara berdepan dengan pelbagai bencana berkaitan air.
Pada tahun 2020, USM menjadi universiti pertama di Malaysia dianugerahkan Kursi Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) mengenai ‘Ecohydraulics for Sustainable Water Infrastructures for Sustainable Development Goal No.6 (SDG6) in the Asia and Pacific region’.
SDG6 ialah satu daripada 17 Matlamat Pembangunan Lestari yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2015 yang menekankan isu mengenai air bersih dan sanitasi, dengan misi untuk memastikan ketersediaan dan pengurusan air dan sanitasi yang lestari untuk semua.
Kursi UNESCO itu berpusat di REDAC bagi tempoh empat tahun.
Dengan USM dipilih untuk Kursi UNESCO berkaitan air, universiti melalui REDAC telah menjadi hab antarabangsa untuk pendidikan dan penyelidikan mengenai infrastruktur air secara lestari.
Teks: Tan Ewe Hoe
- Created on .
- Hits: 1864