ALUMNI USM DIJEMPUT HADIR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN ALUMNI USM KE-26
USM Pulau Pinang, 15 Januari 2023 - Universiti Sains Malaysia (USM) mengalu-alukan dan menjemput kesemua alumninya untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Alumni (PA) USM ke-26 pada hari Sabtu, 28 Januari 2023, jam 9.00 pagi di Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya Siswa, USM Pulau Pinang.
Presiden Persatuan Alumni USM Sidang 2021/2023, berkata, AGM ini diharapkan dapat menjadi platform untuk para alumni berganding bahu dengan USM untuk pembangunan masa depan universiti serta memberi khidmat kepada masyarakat dan negara secara bersama sebagai satu pasukan.
Jelasnya, PAUSM bergiat aktif dalam pemerkasaan hubungan antara alumni USM dengan universiti bagi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak melalui pelbagai program yang akan diatur.
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran kehadiran boleh berhubung dengan Puan Farhanah di talian +6016-3488969/ +6016-5151969/ 04-6532166 (pejabat) ataupun emel ke :
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : PAUSM
- Created on .
- Hits: 513