KUNYAH@DEWAN BUDAYA 2023 HIMPUN FOOD TRUCK DAN GERAI KECIL
USM Pulau Pinang, 14 Januari 2023 - Pihak Sekretariat Protege Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Dewan Budaya USM akan menganjurkan program Kunyah@Dewan Budaya 2023.
Menurut Pengarah Projek Kunyah@Dewan Budaya, Wei Qin Yu, program ini akan menghimpunkan para peniaga food truck dan gerai kecil untuk menjual pelbagai hasil jualan mereka terutama melibatkan makanan dan minuman.
“Program ini adalah salah satu inisiatif Kelab Protege untuk menerapkan minat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa/i USM disamping menajak seluruh warga USM untuk memeriahkan lagi program selama 4 hari ini,” jelasnya.
Program Kunyah@Dewan Budaya akan diadakan pada 17 hingga 20 Januari 2023 bermula jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam bertempat di Tapak Permatang Pelajar, Dewan Budaya, USM.
Teks dan Foto : Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 574