USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SEKRETARIAT B.E.L.A.S. JAGA KEBAJIKAN HAIWAN TERBIAR USM

IMG 03117

USM Pulau Pinang, 14 Januari 2023 - Bermula pada Ogos 2020, Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Pencinta Kucing Universiti Sains Malaysia (USM) yang diasaskan oleh pensyarah, Dr. Sarini Azizan mula beroperasi secara bebas dalam membentuk kumpulan yang membantu kucing-kucing jalanan yang berada di dalam kampus USM.

D74BB79A FBF4 4C0B 9BC5 5A81226F9A7C
Sehinggalah ia berkembang ke arah pengumpulan dana yang telah dilakukan untuk menampung perbelanjaan perubatan kucing jalanan yang memerlukan rawatan. Usaha Pencinta Kucing USM mendapat perhatian ramai yang membawa kepada penambahan ahli hasil daripada pengumpulan dana yang diadakan.

Justeru itu, melalui galakan dan sokongan semua pihak, maka akhirnya tertubuhlah Pencinta Kucing USM yang telah membuka mata ramai pihak dan banyak sokongan serta bantuan telah diterima daripada pelbagai pihak dalam merealisasikan hasrat murni ini.

IMG 03389

Pencinta Kucing USM didaftarkan secara rasmi pada tahun 2022 sebagai salah sebuah sekretariat sah dengan nama baharu iaitu Sekretariat B.E.L.A.S.

Sekretariat ini bernaung di bawah pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA), Universiti Sains Malaysia ini merupakan sekretariat aktif yang diuruskan oleh pelajar USM dengan membawa matlamat yang sama seperti Pencinta Kucing USM.

B.E.L.A.S. membawa maksud BELIEVE (Keyakinan & Kebenaran), EMPATHY (Keupayaan Menyelami & Memahami Emosi Orang Lain), LOVE (Perasaan atau Berperasaan Kasih Sayang), AFFECTION (Bersifat Belas Kasihan & Pengasih), dan SALVATION (Kesejahteraan & Keamanan).

IMG 03739

Sehingga tahun 2022, Sekretariat B.E.L.A.S. telah berjaya menyelamatkan kucing jalanan di sekitar USM dengan usahasama staf dan pelajar USM. Antaranya pemandulan 45 ekor kucing, pengambilan kucing angkat sebanyak 77 ekor, mengambil sebagai haiwan peliharaan sebanyak 7 ekor, 17 ekor dilepaskan ke habitat yang lebih terjaga dan daripada itu terdapat 14 ekor yang mati akibat kes-kes tertentu.

Paling mencuri tumpuan adalah kos menyelamatkan dan bil perubatan kucing jalanan sejak tahun 2020 dianggarkan sebanyak hampir 20 ribu ringgit telah dibelanjakan manakala kos makanan pula adalah sekitar 10 ribu ringgit.

IMG 03766

Terdahulu Majlis Perasmian Pameran Kucing Jalanan 2023 Universiti Sains Malaysia - Oyen: Cerita Tentang B.E.L.A.S. disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM.

6

Turut hadir sama ialah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Yang Berbahagia Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Sains Malaysia, Yang Berusaha Profesor Dr. Azlinda Azman; Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Mohamad Shaharudin Samsurijan; Penasihat Utama Sekretariat B.E.L.A.S., Yang Berusaha Dr. Ainul Mohsein Abdul Mohsin dan Pegawai-pegawai Utama Agensi Kerajaan Pulau Pinang.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 396

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024