USM LAKAR KEJAYAAN DI DICE 2022
USM PULAU PINANG, 13 Januari 2023 - Pelajar dan alumni Bahagian Reka Bentuk dan Teknologi Media Baru Pusat Pengajian Seni telah mendapat Tempat Keempat bagi Kategori Video Kreatif Filem Pendek menggunakan teknologi CGI yang bertajuk "Harapan" dalam Program Digital Creativepreneur (DICE) 2022 Peringkat Nasional.
Seluruh warga USM terutamanya pengurusan tertinggi USM menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada kejayaan yang dilakarkan ini yang menunjukkan bahawa USM masih menjadi antara pencabar utama dalam pertandingan sedemikian.
Pada masa yang sama, Pusat Pengajian Seni USM turut bangga dengan pelajar dan alumni Bahagian Reka Bentuk dan Teknologi Media Baru turut yang telah menghasilkan Bonang Digital bagi kategori Interaktif Media menggunakan teknologi Aplikasi Augmented Reality (AR).
Program Digital Creativepreneur (DICE) 2022 Peringkat Nasional merupakan anjuran Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT) serta usahasama dengan Inovasi Keusahawanan Pelajar, Pusat Pembangunan HEBAT (HDC) USM.
"Bakat memenangi permainan, tetapi kerja berpasukan dan kecerdasan yang memenangi kejuaraan" - Michael Jordan.
Pemenang Tempat Keempat Kategori Video Kreatif Filem Pendek:
1. SYED AZREEZAL BIN SYED AHMAD (ALUMNI)
2. MOHD KHAIRUL AMIN BIN MOHAMAD NOOR
3. RAYSHINI A/P MANIMARAN
4. SHAHRONIZAM BIN RESIDEH@RASHIDIE
- Created on .
- Hits: 549