PUSM AJAK WARGA USM DAN AWAM REBUT GANJARAN BERGANDA
USM Pulau Pinang, 12 Januari 2023 - Pihak Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (PUSM) mengajak warganya dan awam untuk merebut ganjaran dan pahala dengan inisiatif Sumbangan Pembangunan Gedung Ilmunya.
Menurut PUSM, menjelang hari Jumaat, penghulu segala hari, pihaknya membuka peluang kepada semua untuk membuat sumbangan serendah RM10 dan menyumbanglah sambil beramal supaya sumbangan ini dibalas dengan kebaikan yang berpanjangan.
“Dana yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membangunkan koleksi Perpustakaan USM bagi menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan,” jelas pihak PUSM.
Sumbangan boleh disalurkan melalui:
No. Akaun CIMB: 9898-6101-4023-15 dan Mohon tuliskan 'SUMBANGAN JUMAAT' di bahagian 'recipient reference'.
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (Saba':39)
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : PUSM
- Created on .
- Hits: 436