JOM SERTAI PPPNP-USM AGRO BUSINESS AND INNOVATION CHALLENGE (ABIC) 2023
USM PULAU PINANG, 11 Januari 2023 - Agro Business and Innovation Challenge (ABIC) 2023 adalah program tahunan anjuran Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).
Menurut Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), program ini diwujudkan bagi menyemarakkan lagi pembangunan pertanian di negeri Perak dengan mengenal pasti potensi-potensi idea, inovasi dan produk siap yang boleh diketengahkan bagi merancakkan lagi industri pertanian di negeri tersebut dan menarik minat warga Perak untuk menjadikan industri pertanian sebagai sumber pendapatan mereka.
“PPPNP menyasarkan lebih ramai usahawan tani akan lahir daripada program seperti ini di samping inovasi terkini diperkenalkan bagi memudahkan dan meningkatkan kecekapan operasi pertanian,” menurut mereka.
Pada tahun ini, pihak PPPNP telah membuat kolaborasi dengan Pusat Pengajian Pengurusan Universiti Sains Malaysia (USM) selaku Projek Konsultan bagi menjayakan program ini sepanjang tahun 2023.
PPPNP berharap dengan adanya kolaborasi seperti ini, akan memberi impak dan menampakkan kejayaan program ini untuk tahun 2023.
Pertandingan ini dilakukan dalam 3 kategori utama iaitu konseptual idea; inovasi dari segi operasi, teknologi atau produk; dan produk siap yang sedia untuk dipasarkan atau dikembangkan. Terdapat 15 bidang utama yang menjadi fokus dalam 3 kategori ini.
Program ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia berumur 18-35 tahun dari kalangan pelajar universiti, kolej, penyelidik, akademia dan usahawan. Tahun 2023 juga akan menyaksikan penyertaan daripada pelajar sekolah menengah.
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui saluran :
Website: www.abic2023.ml
Email:
Phone/WhatsApp: wa.me/60195366454
Senarai pautan media sosial :
Facebook: www.facebook.com/abic2023
TikTok: www.tiktok.com/@abic2023<br< a=""> />Instagram: www.instagram.com/abic2023
Twitter: www.twitter.com/abic2023
Suntingan teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Poster: Pusat Pengajian Pengurusan USM
- Created on .
- Hits: 913