USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BERAMANAH DALAM MEMACU KECEMERLANGAN USM

USM Pulau Pinang, 6 Januari 2023 - Memegang jawatan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan satu amanah yang sangat besar.

1AC683AB D89C 4749 8130 E83CEC5956EE
Demikian ujar Naib Canselor USM, YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed ketika Majlis Pelancaran Tabung Aktiviti Ramadhan & Simbolik Penyerahan Sumbangan Kit Maidaturrahman di Masjid Almalik Khalid, Pusat Islam USM hari ini.

“Saya akan memegang amanah ini dengan baik dan memerlukan semua warga untuk bersama-sama saya dalam mengemudi institusi ini,” jelasnya.

Tambahnya, kejayaan USM selama ini perlu diteruskan lagi demi memacu institusi ini untuk menjadi terus relevan dan memberi impak buat warganya dan masyarakat serta membantu masyarakat terkebawah dalam pemerkasaan agenda APEX.

Terdahulu Pusat Islam USM hari ini turut mengadakan Kenduri Kesyukuran sempena pelantikan Naib Canselor baharu USM dan penghargaan kepada mantan Naib Canselor USM yang dihadiri oleh warga USM dan sekitar.

Turut hadir ialah Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Mohammad Shukri Bin Osman yang memberi khutbah Jumaat.

Teks & Foto : Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 421

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024