USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR SERU WARGA USM BERSATU HATI

 K4A8009

USM PULAU PINANG, 5 Januari 2023 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Professor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini menyeru seluruh warga universiti untuk bekerja bersama-sama, bersatu hati menunaikan amanah yang ada.

Bercakap dalam pertemuannya dengan ketua-ketua jabatan, Abdul Rahman yang dilantik menjadi Naib Canselor pada 3 Januari lalu berkata, seluruh warga perlu bekerjasama demi untuk universiti, komuniti dan negara.

"Saya bersedia mendengar pandangan semua pihak dan kumpulan, begitu dengan ketua-ketua jabatan yang perlu mendengar pandangan mereka yang berada di pusat pengajian dan jabatan serta berusaha membantu mereka," kata beliau.

Tambahnya lagi, seluruh warga perlu bergerak sebagai satu entiti yang perlukan libat sama semua golongan tanpa kecuali.

 K4A8036

"Kita perlu memperkasa agenda Pemacuan untuk Kecemerlangan atau APEX yang diperolehi pada 2008 dan setiap pihak termasuk warga baharu perlu memahami rohnya dalam memberi impak kepada komuniti dan negara.

"Menghasilkan kertas untuk penerbitan dan sitasi sahaja tidak memadai tetapi perlu bersekali dengan impak kepada komuniti terutamanya yang berada dalam kelompok B40, pencapaian dalam Matlamat Pembangunan Lestari atau SDG dan inovasi sosial," tegas beliau.

Menurut beliau lagi, USM perlu memperkasa bakat di samping menekankan kepada kepelbagaian disiplin penyelidikan dan bidang pengajian yang semuanya - Sains dan Teknologi, Kejuruteraan, Kesihatan, Sastera dan Kemasyarakatan - dianggap sama penting.

"Untuk kekal relevan, kita perlu sentiasa libatsama semua pemegang taruh dan sentiasa berpegang kepada amanah, bersikap profesional dan inovasi dalam usaha yang dibuat," katanya lagi.

Lebih 100 orang ketua jabatan USM termasuk dari Kampus Kejuruteraan dan Kesihatan menghadiri perjumpaan pertama sejak beliau dilantik menjadi Naib Canselor ini.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 592

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024