USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BEKERJASAMA UNTUK KEPENTINGAN ORANG LAIN DAN PERKASA AGENDA APEX - NC USM

USM PULAU PINANG, 5 Januari 2023 – Di dalam keluarga Universiti Sains Malaysia (USM), terapkan nilai bekerjasama untuk kepentingan orang lain demi masa depan yang lebih baik.

Demikian ujar Naib Canselor USM, YBhg. Prof. Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed ketika Sesi Perjumpaan Naib Canselor dengan Ketua Jabatan/PTJ USM di Dewan Persidangan Universiti hari ini.

WhatsApp_Image_2023-01-05_at_11.54.00_AM.jpeg

Rahman menekankan bahawa walaupun pada 3 tahun lalu merupakan waktu yang amat mencabar buat USM, namun dengan kerjasama semua warganya serta kekuatan yang ada, USM berjaya laluinya dengan cemerlang.

“Kebolehan dan keupayaan serta bakat yang dimiliki USM membuatkannya dipandang tinggi oleh masyarakat dan entiti di luar sana,” katanya yang baru memulakan tugas sebagai Naib Canselor ke-9 USM bermula 3 Januari 2023.

Rahman turut menambah bahawa dalam setiap keputusan dan permasalahan yang berlaku, perkataan “tidak” itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan tetapi menyediakan penyelesaian untuk sesuatu perkara itu.

Jelasnya lagi, beliau turut akan memperkasakan agenda APEX USM yang merupakan antara senjata terkuat universiti ini untuk meletakkan institusi ini agar dapat berdaya saing di segala peringkat.

“APEX merupakan perkara yang utama dan perlu diberi penekanan yang terperinci antaranya dalam pendekatan kelestarian serta bidang-bidang SDG yang menjadi asas kepada zaman kini,” ujarnya lagi.

 K4A8060

Terdahulu Rahman juga berterima kasih kepada mantan Naib Canselor USM YBhg. Prof. Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan sepanjang sumbangan dan jasa yang dicurahkan daripada tahun 2019 hingga 2022.

Yang turut hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) YBhg. Prof. Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman; Pengarah Kampus Kejuruteraan YBhg. Profesor Dato' Dr. Nor Azazi Zakaria; Pendaftar USM YBhg. Dato’ Dr. Musa Hj. Ali dan Ketua-Ketua Jabatan/PTJ USM daripada Kampus Induk, Kejuruteraan dan IPPT. Sesi ini turun dipancarkan secara Webex di Kampus Kesihatan USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 540

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024