USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CINTAKAN ILMU FAKTOR UTAMA DORONG NUR INTAN SAMBUNG PENGAJIAN JARAK JAUH

USM PULAU PINANG, 4 Januari 2023 – Hargai setiap perkara baharu yang dipelajari merupakan falsafah yang sentiasa menjadi junjungan selama ini.

93495E4C 7182 4A8D ABB5 D50974D46E53

Demikian ujar Dr. Nur Intan Raihana Ruhaiyem ketika diminta berkongsi pengalaman beliau yang menyambung pengajian jarak jauh di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM) walaupun telah memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam jurusan Computational Cell Biology yang diterima daripada University of Queensland, Australia.

Intan yang bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sains Komputer USM telah berkhidmat sejak tahun 2014 dan beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Penggawa Desasiswa Restu pada tahun 2018 hingga 2020.

"Saya juga sangat menjunjung tinggi proses menimba ilmu mengikut disiplin yang betul iaitu perlu adanya guru, kelas, dan persekitaran yang kondusif. Saya telah lama berminat untuk mendalami jurusan Sains Matematik tetapi tidak berpeluang sebelum ini,” katanya yang bergraduasi ketika Sidang Kelapan Upacara Konvokesyen ke-60 USM baru-baru ini. 

Tambahnya lagi, pada awal tahun 2016, suami beliau menyatakan hasrat untuk mengambil ijazah kedua dalam jurusan Kimia di PPPJJ USM kerana beliau sangat berminat dengan ilmu Sains terutamanya Kimia walaupun telah memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan.

6D713FFE 352A 4D1A B569 7B5682092E80

“Maka ketika inilah bermulanya impian untuk bersama-sama suami mencabar diri kami menyambung pengajian secara jarak jauh ini,” ujarnya.

Ketika ditanya lagi mengenai kesukaran sepanjang beliau menyambung pengajian, yang paling tidak dapat dilupakan ialah beliau perlu mengejar waktu untuk menghantar tugasan secara fizikal sebelum tamat tempoh yang diberikan oleh pensyarah. Selain itu, beliau juga perlu mengambil peperiksaan berterusan (PB) sewaktu masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak.

“Saya bersyukur berpeluang menyambung pengajian secara jarak jauh di USM, sebuah universiti terkemuka yang menawarkan yuran pengajian berpatutan dan minggu intensif yang unik berbanding pengajian jarak jauh universiti lain,” katanya lagi.

Di akhir katanya, beliau berkongsi tips berguna iaitu sentiasa menetapkan matlamat secara sederhana besar kerana kita perlu faham kemampuan diri sendiri pada satu-satu masa dan usah kejar semua benda dalam masa yang terhad.

Beliau juga mengakui mempunyai support system (sistem sokongan) yang kuat iaitu suaminya sendiri. Suaminya sentiasa membantu beliau menjaga anak-anak dan menguruskan hal rumahtangga ketika beliau sibuk dengan tugasan pengajian dan di tempat kerja.

98EAFDF5 6C27 40D1 A4AB B181DDC052E3

Teks: Nurhidayah Shahbudin

  • Created on .
  • Hits: 731

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024