PENYERAHAN TUGAS NAIB CANSELOR
USM PULAU PINANG, 3 Januari 2023 – Terima kasih YBhg. Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Naib Canselor USM (Oktober 2019 - 2022) dan selamat menjalankan tugas YBhg. Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed yang memulakan tugas sebagai Naib Canselor ke-9 USM mulai 3 Januari 2023.
"Kekuatan universiti bergantung kepada warga di dalam mahupun mereka di luar yang sentiasa menyokong," kata Abdul Rahman.
Tegasnya cabaran terbesar ialah untuk memastikan universiti kekal relevan dan diterima oleh semua.
Beliau merakamkan penghargaan kepada Faisal Rafiq dan semua yang menyumbang kepada kemajuan USM.
Yang hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato' Gs. Dr. Narimah Samat yang menjalankan fungsi Naib Canselor sejak Oktober 2022; Pendaftar, Dato' Dr. Musa Ali; Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dato' Dr. Nor Azazi Zakaria; dan Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin serta ahli jawatankuasa pengurusan tertinggi Universiti.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 721