USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FAISAL RAFIQ SERU USM TERUS CEMERLANG BEKERJASAMA SEBAGAI SATU PASUKAN

USM PULAU PINANG, 3 Januari 2023 – Utamakan Universiti Sains Malaysia (USM) dan sentiasa bekerjasama sebagai satu pasukan serta berniat baik untuk melakukan tugasan demi USM dalam memacu kecemerlangan institusi ini.

Demikian ujar mantan Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dalam ucapannya ketika majlis penyerahan tugas Naib Canselor ke-9 USM hari ini di Bilik Persidangan Canselori USM.

WhatsApp_Image_2023-01-04_at_7.35.46_AM.jpeg

“Saya dan keluarga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed atas lantikan sebagai Naib Canselor ke-9 USM dan juga Prof. Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat yang menjalankan fungsi Naib Canselor USM selama 3 bulan yang lalu.”

Katanya, dalam memegang jawatan Naib Canselor ini, segala sejarah lepas perlu menjadi pedoman dan petunjuk untuk menghadapi cabaran masa hadapan yang lebih baik.

“Semestinya selepas ini anda perlu menjadi lebih cemerlang daripada sekarang dan banyak perubahan yang akan berlaku tidak kira secara pantas atau lambat, namun pasukan USM sentiasa ada bersama untuk menyokong dan membantu anda,” tegasnya.

Faisal Rafiq juga berasa sangat teristimewa sepanjang diberi ‘peluang sekali seumur hidup’ mengemudi Menara Ilmu ini dari 2019, malah menurutnya perjalanan ini sangatlah hebat dan tidak dapat digambar dengan kata-kata.

Akhir kata, pesanan Faisal Rafiq agar jangan sesekali sesal dalam menghadapi cabaran kerana kadang-kadang kita melakukan kesilapan tetapi kita belajar dari kesilapan tersebut dan sentiasa teguh dalam membuat sebarang keputusan.

Terdahulu berlangsung Majlis Penyerahan Tugas antara Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan (Naib Canselor ke-8) dan Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed (Naib Canselor ke-9).

Yang hadir sama ialah Pendaftar, Dato' Dr. Musa Ali; Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dato' Dr. Nor Azazi Zakaria; Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dan ahli-ahli jawatankuasa pengurusan tertinggi (JKPU) USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1102

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024