USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

50 TAHUN DAN MASIH UTUH - PENERBIT USM

USM PENANG, 28 Disember 2022 - Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM) yang berlangsung penuh gilang-gemilang baru-baru ini merupakan penutup bagi semua program anjurannya sempena Sambutan jubli emas ini.

D021B25A E0BA 4C39 9BC7 880ADD0AD052
Berlangsung di Dewan Budaya USM pada 22 Disember yang lalu, dengan slogan "Mengimbau Masa Lalu, Mencipta Masa Depan", jelas bahawa Penerbit USM sudah melalui perjalanan yang panjang dalam industri penerbitan buku di Malaysia.

Pihak Penerbit USM juga berbesar hati dengan kehadiran Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor USM, YBhg. Prof. Dato' Gs. Dr. Narimah Samat yang hadir merasmikan majlis ini dan seterusnya melancarkan buku 50 Tahun Penerbit USM. Turut hadir ialah Prof. Dato' Seri Dr. Md Salleh Yaapar serta para penulis yang diraikan.

Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan perkongsian pengalaman oleh Sasterawan Negara Dato' Dr. Zurinah Hassan dalam sesi Bicara Tokoh dan Encik Mohd Abdul Muin Md Akil yang membicarakan buku Birds of Universiti Sains Malaysia dalam sesi Bicara Buku.

Pihak Penerbit USM melalui Pengarahnya, Prof. Madya Dr. Nazarudin Zainun mengucapkan Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang menyokong mereka sepanjang perjalanan 50 tahun ini.

“Marilah kita bersama-sama menyebarluaskan lagi ilmu untuk kebaikan bersama,” jelasnya.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 551

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024